Thursday, October 2, 2008

Comment from Blogger

KESIAN DIA
September 14th, 2008 by sangpenchenta

Rasanya aku penah sebut dulu pasal dilema law graduates Universiti Utara Malaysia (kini lebih dikenali sebagai Universiti Ulu Malaysia dek kerana perangai tak semenggah Naib Canselornya yang tak reti beza istilah ekonomi). Lama dah bunyiknya, tapi baru-baru ni timbul lagi isu ni.

Isunya simple je. LLB UUM tak diiktiraf oleh Legal Profession Qualifying Board (LPQB) untuk dapat exemption daripada amik exam CLP (Certificate of Legal Practice). Maknanya tak macam law grads dari UIA, UiTM, UM & UKM yang boleh chambering terus lepas grad, UUM tak boleh chambering. Kalo nak amik chambering, kena amik exam CLP (fee mahal beb, RM4000 lebih, kalo kena repeat lagi naya). Bukan saja LLB UUM tak diiktiraf LPQB, malah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pun nampaknya masih tak mengiktiraf LLB UUM.

Dalam hal ni aku tak salahkan pelajar & aku jugak tak salahkan LPQB. Pelajar as usual la, dapat offer masuk U pun kira cukup syukur, diorang dengan innocentnya ingat mestilah LLB UUM ni diiktiraf. Kalau tak diiktiraf, kenapa offer degree ni ye tak?

Dalam hal ni aku salahkan administration UUM (indirectly kerajaan la). Apa punya perangai offer degree dulu baru nak terkocoh-kocoh carik recognition dari JPA & LPQB? Jangan salahkan student, diorang manela tau LLB diornag diiktiraf ke tak, in fact diorang tak tau pun prosedur sebenar untuk chambering macam mana masa first year masuk U tu. Logik ke nak blame student pulak?

Ada jugak komen-komen bangang dari law practitioners yang grad oversea. Senang je dia cakap, kitorang pun amik CLP jugak, bayar mahal jugak, tak mampu jugak, tak bising-bising pun macam korang. Amik jelah CLP, apa susah. Cettt, oversea grad ni lagi tak tau pape. Compare silibes LLB kat UUM tu, 10 kali lagi relevan daripada apa yang korang belajar kat oversea tu. Apa yang perasan hebat sangat entah? Bukan aku tak tau ramai je grad LLB oversea yang bangang law, harap English jela fluent. Korang bukan belajar pun Criminal Procedure, Civil Procedure, Professional Practice, Land Law kat Malaysia, pastu nak expect student local yang belajar benda tu kat local universities untuk amik CLP macam korang? Poooodaahhh!!

Although aku tak berkenan dengan implementation LLB kat UUM yang tergesa-gesa (dari segi kegagalan UUM untuk dapat pengiktirafan daripada pihak-pihak berkenaan), tapi bagi aku silibes LLB kat UUM lebih kurang sama je dengan UIA, entah-entah UUM tiru UIA, sama je silibesnya. Mungkinla dari segi facilities ataupun experience lecturer law UUM tak sehebat UIA, tapi kalo ikutkan sebenarnya mengajar law ni taklah susah mana (cewah, macam biasa mengajar lak). Lecturer bagi guideline, explain pape yang patut je. So, amatlah karut jugak kalo LLB UUM tak diiktiraf oleh LPQB & JPA.

So, salah kembali kepada UUM jugaklah. Bukan je LLB UUM tak diiktiraf JPA, berlambak lagi rupanya degree UUM yang belum diiktiraf Lembaga Akreditasi Negara (LAN) & JPA.

Apa penyakit UUM ni sebenarnya? Takde pasal nak carik pasal? Takde glemer nak carik glemer? U lain ada LLB ko pun nak buat LLB? Penyakit ni lagi teruk daripada ‘universiti maya’ yang provide degree, Master & doctorate ‘beli’ macam Menteri Besar dari sebuah negeri tu. Tak pasal-pasal dapat ‘Dr.’, lawak tul.

Ataupun sebenarnya LLB UUM memang tak layak dapat pengiktirafan sebab silibesnye ‘cukup makan’ je? Atau takde ‘mover’ dari UUM yang boleh ‘cucuk’ orang atas supaya iktiraf LLB UUM. Well, masa time UM dulu ada Tan Sri Ahmad Ibrahim, UIA dulu pun macam tu.

Entahla…

No comments: