Sunday, March 8, 2009

LULUSAN GUAMAN KENA SABAR

Dipetik dari Berita Harian

SAYA ingin merujuk kepada aduan 'Siswa Kecewa' pada 2 Mac lalu bertajuk 'Siswa kecewa Majlis Peguam tak iktiraf lulusan UUM'. Pengadu membangkitkan mengapa program Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Utara Malaysia (UUM) belum diiktiraf, sedangkan graduan sulungnya sekarang boleh mendapat pekerjaan dalam agensi kerajaan, mahupun swasta atau menyambung pengajian pada peringkat lebih tinggi tetapi belum boleh bekerja dalam bidang guaman. Untuk pengetahuan, program berkenaan mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 26 Oktober 2007. UUM College of Law, Government and International Studies (UUM Colgis) bersama Kementerian Pengajian Tinggi sedang berunding dengan Majlis Peguam dan Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan pengiktirafan program berkenaan.

Ia bermakna UUM menunggu keputusan pengiktirafan profesional Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia. UUM Colgis turut memaklumkan rintihan siswa kepada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia kerana belum mengiktiraf program berkenaan. Pihak UUM berharap pelajar Undang-Undang UUM bersabar sementara menunggu keputusan pengiktirafan itu.
PROF MADYA DR ASMAH LAILI YEON,
Penolong Naib Canselor UUM Colgis Sintok, Kedah.

No comments: